More

    ZTE bakal umumkan Nubia Pad 3D pada 28 Februari ini

    Mobile World Congress 2023 (MWC) akan menyaksikan pelancaran ZTE Nubia Pad 3D. Nubia Pad 3D akan menawarkan kesan 3D tanpa memerlukan cermin mata khas dan mengoptimumkan teknologi 5G. Nubia Pad 3D akan diperkenal pada 28 Februari ini di MWC 2023.

    Tablet itu didakwa sebagai teknologi AI pertama di dunia untuk imej dalam tiga dimensi. Teknologi canggih yang dipamerkan pada Nubia Pad 3D akan mensimulasikan kesan 3D. Enjin akan mengesan mata anda dan mensimulasikan imej tiga dimensi tanpa bantuan cermin mata khas.

    Ia juga tidak memerlukan paparan penghalang paralaks khas untuk imej 3D. ZTE Nubia Pad 3D mempunyai dua kamera menghadap hadapan dan bezel nipis. Terdapat sensor besar pada kedua-dua kamera yang mungkin memberikan kesan 3D.

    Butiran mekanisme untuk kesan 3D masih lagi dirahsiakan. Walau bagaimanapun, kita akan melihat bagaimana Nubia Pad 3D beroperasi semasa MWC 2023 yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol serta butiran lanjut mengenai peranti ini akan didedahkan.

    Adakah anda berminat dengan Nubia Pad 3D ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured