More

    realme GT3 mungkin menjadi telefon Android pertama dengan ‘Dynamic Island’

    Terdapat banyak pendedahan mengenai peranti yang bakal dilancarkan, realme GT3. Nampaknya, satu lagi imej telah mendedahkan bahawa ia mungkin menjadi telefon Android pertama yang membawa “Dynamic Island” seperti pada Apple iPhone 14 Pro dan Pro Max. 

    Pada mulanya, maklumat hanya menjangka ia akan membawa ruang yang lebih luas pada lubang tebuk kamera hadapan. Berdasarkan @onleaks dan Smartprix, imej itu masih tidak rasmi, tetapi ia menunjukkan kemungkinan aplikasi pengecasan SuperVOOC menggunakan “Dynamic Island” dengan realme UI. 

    Memandangkan sudah ada aplikasi pihak ketiga untuk mendayakan “Dynamic Island” pada telefon Android, ini pasti tidak terlalu sukar untuk realme untuk melaksanakannya. Walau bagaimanapun, ini hanyalah sekadar khabar angin. Kebanyakan peranti Android lain juga akan mula membangunkan ciri ini.

    Jika realme benar melancarkan ciri “Dynamic Island”, apakah nama yang bakal dipanggil? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: smartprix

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured