More

    MITI akan berbincang dengan Proton dan Perodua, percepatkan pengeluaran EV nasional

    Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mendedahkan bahawa mereka akan berbincang dengan pengeluar kereta nasional Proton dan Perodua untuk mempercepatkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV). 

    Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kedua-dua syarikat akan mengeluarkan EV nasional dan memperkenalkan EV mampu milik kepada rakyat Malaysia. Beliau turut berkata langkah itu dijangka meluaskan lagi rangkaian pilihan EV di pasaran untuk rakyat. 

    Beliau seterusnya menghuraikan bahawa garis panduan permit yang diluluskan sedang ditambah baik untuk memberi fleksibiliti dalam jumlah maksimum import kenderaan terbina sepenuhnya untuk penyelidikan pasaran pra-pemasangan EV.

    Dengan ini, ia akan memberi peluang kepada pemasang tempatan untuk menilai keperluan pasaran baharu dalam segmen EV sebelum pengeluaran. Sebelum ini, kami melaporkan bahawa kerajaan akan memasang 10,000 titik pengecasan EV di seluruh negara di bawah Rangka Tindakan Mobiliti Rendah Karbon.

    Tambahan pula, pada Julai tahun lepas, Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri mencadangkan Perodua menawarkan EV mampu milik untuk rakyat Malaysia. Selain itu, Proton juga disebut-sebut akan memasuki pasaran EV pada 2027.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured