More

    Apple memesan cipset 3nm daripada TSMC untuk iPhone 15 Pro dan Mac

    Apple dilaporkan telah memesan cipset proses 3nm generasi pertama Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) yang mungkin akan digunakan dalam barisan iPhone 15 Pro serta MacBook baharu yang dijadualkan untuk dilancarkan pada separuh kedua 2023. Menurut laporan, Apple telah memperoleh 100% daripada bekalan awal cipset 3nm.

    Pengeluaran besar-besaran cipset proses 3nm TSMC bermula pada akhir Disember dan mencapai 45,000 unit pada bulan Mac menurut sumber laporan. Apple dijangka secara meluas akan mengguna pakai teknologi 3nm TSMC tahun ini untuk cip A17 Bionic yang berkemungkinan menjanakan model iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

    Teknologi 3nm dikatakan memberikan peningkatan kecekapan kuasa 35% berbanding 4nm yang digunakan untuk membuat cip A16 Bionic pada iPhone 14 Pro dan Pro Max. Apple merancang untuk mengeluarkan MacBook Air baharu pada separuh kedua 2023 dan ia mungkin dilengkapi dengan cip 3nm.

    Jika jangkaan ini tepat, maka mungkin kedua-dua MacBook Air 13 inci dan 15 inci dengan cip M3 berasaskan teknologi 3nm akan dilancarkan pada separuh kedua 2023. Penganalisis Apple Ming-Chi Kuo percaya MacBook Pro 14 dan 16 inci yang akan datang pada 2024 akan menampilkan cip M3 Pro dan ‌M3‌ Max yang dibina pada proses 3nm TSMC.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: DIGITIMES

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured