More

    ZTE Blade V40 Design Smartphone dilancar di Malaysia: Telefon ultra nipis dengan skrin FHD+ 6.6″ pada RM649

    ZTE Malaysia mengumumkan pelancaran ZTE Blade V40 Design Smartphone dengan reka bentuk yang nipis bersama paparan dan kamera pada kualiti yang baik.

    ZTE Blade V40 Design Smartphone mempunyai RAM dinamik 6+5GB dan storan 128GB membawa reka bentuk ultra nipis berukuran hanya 7.98mm memudahkan ia diletakkan dalam poket atau beg kecil.

    Ia dilengkapi dengan paparan FHD+ 6.6 inci yang menyediakan visual sinematik semasa menstrim filem atau bermain game serta tri-kamera 50MP sesuai untuk merakam foto berkualiti tinggi dan video walaupun dengan kuantiti cahaya rendah. Baterinya berkapasiti 4,500mAh memastikan anda boleh menggunakan telefon sepanjang hari.

    Warna yang ditawarkan adalah Starry Black dan Sky Blue. Ia juga menyokong NFC untuk pembayaran mudah alih. Telefon ini berharga RM649 dan boleh didapati di Shopee dan Lazada ZTE Malaysia. Ia merupakan pilihan alternatif yang bagus untuk mereka yang memiliki Blade V40 Vita atau Blade V40s.

    Pra-tempah untuk peranti ini bermula dari 25 Februari hingga 3 Mac 2023 dan anda akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM100 termasuk lampu meja boleh alih ZTE , kabel USB 3-dalam-1 ZTE, selongsong TPU dan kaca lindungan skrin.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured