More

    Xiaomi 13 Lite dilancar: SD 7 Gen 1, RAM 8GB , storan 256GB dan bateri 4,500mAh

    Sebelum siri Xiaomi 13 dilancarkan di Malaysia, Xiaomi baru sahaja melancarkan Xiaomi 13 Lite pada acara Mobile World Congress (MWC) 2023. Berikut adalah perkara yang perlu anda ketahui.

    Menurut sumber, Xiaomi 13 menampilkan cipset Snapdragon 7 Gen 1, RAM 8GB dan storan UFS 2.2 256GB. Paparannya adalah AMOLED 6.55 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan sokongan Dolby Vision Atmos. Sementara itu, baterinya berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W.

    Terdapat dwi-kamera hadapan yang terdiri daripada ultralebar 32MP dan kedalaman 8MP. Di bahagian belakangnya pula mempunyai kamera utama 50MP, ultralebar 8MP dan makro 2MP. Xiaomi 13 Lite juga mempunyai Selfie Glow yang boleh dihidupkan untuk swafoto atau vlogging.

    Buat sementara ini, tidak diketahui sama ada Xiaomi 13 Lite akan memasuki pasaran Malaysia ataupun tidak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...