More

    Siri HONOR Magic5 dilancar: Cipset SD 8 Gen 2, 3 kamera 50MP, skrin AMOLED 120Hz bermula ~RM4,260

    Dalam temasya Mobile World Congress (MWC) Barcelona pada hari ini, HONOR telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaru untuk tahun 2023 iaitu HONOR Magic5 yang terdiri daripada HONOR Magic5 dan HONOR Magic5 Pro.

    Kedua-dua telefon ini dilengkapi spesifikasi tercanggih untuk telefon andalan tahun ini, seperti cipset Snapdragon 8 Gen 2, skrin dengan kadar segar semula sehingga 120Hz dan pengecasan pantas 66W.

    Perbezaan yang ketara di antara dua varian ini adalah daripada segi kamera, di mana varian Magic5 Pro mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 50MP, manakala Magic5 standard mempunyai kamera utama 54MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto 32MP.

    Perbezaan kamera telefoto ini bermaksud kamera Magic5 Pro boleh zum sejauh 100 kali, manakala Magic5 cuma boleh zum sejauh 50 kali sahaja.

    Daripada segi reka bentuk, kedua-dua varian mempunyai rekaan yang sama namun Magic5 Pro mempunyai bonggol kamera yang lebih besar sedikit berbanding Magic5 standard. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri Magic 5:

    HONOR Magic5

    • Skrin AMOLED 120Hz 6.73 inci, resolusi 2688×1224, panel LTPO, melengkung di bahagian sisi, 438 piksel per inci
    • Gamut warna 1.07 bilion warna, DCI-P3, HDR10+, PWM 2,160Hz, kecerahan puncak 1,600 nits, pengiktirafan TUV Rheinland untuk cahaya biru rendah
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2
    • RAM LPDDR5X 12GB
    • Storan UFS3.1 256GB
    • Kamera utama 54MP + kamera ultra-lebar 50MP + kamera telefoto 32MP
    • Menyokong penstabilan imej optikal, zum digital 50x
    • Rakaman video Movie Master IMAX Enhanced, resolusi sehingga 4K 60fps dengan Magic-Log 10-bit
    • Kamera swafoto 12MP
    • Bateri 5,100mAh
    • HONOR SUperCharge 66W
    • Sistem operasi MagicOS 7.1 berdasarkan Android 13
    • Sokongan Bluetoth 5.2, Wi-Fi 7, 5G NR
    • Pembesar suara stereo DTS:X Ultra
    • Port USB-C, dwi-kad SIM
    • Ukuran: 161.4 x 75.5 x 7.8mm, berat 191g
    • Harga: EUR899 (~RM4,260)

    HONOR Magic5 Pro

    • Skrin AMOLED 120Hz 6.81 inci, resolusi 2848×1312, panel LTPO, melengkung di bahagian sisi, 461 piksel per inci
    • Gamut warna 1.07 bilion warna, DCI-P3, HDR10+, PWM 2,160Hz, kecerahan puncak 1,800 nits, pengiktirafan TUV Rheinland untuk cahaya biru rendah
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2
    • RAM LPDDR5X 12GB
    • Storan UFS4.0 512GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 50MP + kamera telefoto periskop 50MP dengan sensor Sony IMX858
    • Menyokong penstabilan imej optikal, zum digital 100x
    • Rakaman video Movie Master IMAX Enhanced, resolusi sehingga 4K 60fps dengan Magic-Log 10-bit
    • Kamera swafoto 12MP
    • Bateri 5,100mAh
    • HONOR SuperCharge 66W (berwayar), 50W (wayarles)
    • Sistem operasi MagicOS 7.1 berdasarkan Android 13
    • Sokongan Bluetoth 5.2, Wi-Fi 7, 5G NR
    • Pembesar suara stereo DTS:X Ultra
    • Port USB-C, dwi-kad SIM
    • Ukuran: 162.9 x 76.7 x 8.77mm, berat 219g
    • Harga: EUR1,199 (~RM5,680)

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Magic5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured