More

    ZTE nubia Pad 3D dilancar, miliki SD 888 dan skrin IPS 12.4″ tanpa cermin mata 3D

    ZTE menggunakan Mobile World Congress (MWC) 2023 untuk mengumumkan tablet terbaharunya iaitu nubia Pad 3D di mana pengguna tidak perlu menggunakan cermin mata 3D untuk menonton. nubia Pad 3D dicipta bersama dengan Leia Inc iaitu sebuah syarikat yang memfokuskan pada perkakasan paparan 3D dan perkhidmatan kandungan.

    nubia Pad 3D membawakan LCD IPS 12.4 inci dengan resolusi 2560x1600px, kadar penyegaran 120Hz dan nisbah bidang 16:10. Panel ini mempunyai lapisan DLB proprietari yang dibangunkan oleh Leia Inc dengan mod Leia 3D Lightfield dan pengguna juga boleh mengubah kandungan 2D kepada 3D dalam masa nyata dengan perisian penukaran onboard.

    Terdapat dua kamera swafoto 8MP yang digunakan untuk mengesan wajah pengguna untuk memberikan pengalaman tontonan 3D tanpa cermin mata. Dan ia bukan hanya tentang melihat kandungan 3D, pengguna juga boleh mengambil foto dan video 3D serta mengimbas objek dengan kamera dwi hadapan serta kamera 16MP di bahagian belakang.

    nubia Pad 3D dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 888 dan storan 128/256GB yang boleh dikembangkan melalui slot kad mikroSD. Tablet ini membawakan bateri 9,700 mAh dengan pengecasan pantas 33W dan Android 13.

    ZTE dan Leia Inc menghasilkan perisian di mana Pad 3D didatangkan pra-muat dengan beberapa aplikasi Leia 3D serta Leia Appstore yang menawarkan lebih 50 permainan 3D serta 1200 aplikasi pendidikan 3D. Namun, butiran harga masih belum disahkan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ZTE nubia Pad 3D dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured