fbpx
More

    Ingin jadi “content creator” tapi tak ada orang untuk tolong anda ambil gambar cantik? vivo V27e boleh lakukannya!

    Pada waktu ini, semakin ramai orang berminat untuk menceburi bidang penciptaan kandungan (content creation) dan bertugas sebagai seorang pempengaruh (influencer) internet sama ada secara separuh atau sepenuh masa. Untuk berbuat sedemikian, anda memerlukan telefon yang boleh mengambil gambar atau video cantik dengan mudah, dan vivo V27e boleh memenuhi kriteria ini.

    vivo V27e menampilkan pelbagai fungsi kamera yang memudahkan anda untuk ambil kandungan tercantik yang boleh dimuat naik ke dalam media sosial seperti Instagram dan TikTok. Selain itu, telefon ini juga mempunyai rekaan menarik yang menepati imej anda sebagai seorang pempengaruh. Mari lihat bagaimana vivo V27e boleh bantu anda jadi bintang pempengaruh yang seterusnya:

    Rekaan – Kemas dan premium

    vivo V27e tidak mempunyai rekaan yang bosan. Lihat sahaja di belakangnya, ia mempunyai corak bulu burung merak yang membuatkannya lebih menonjol daripada kebanyakan telefon di pasaran. Corak bulu ini disuai khas dengan warna ungu Lavender Purple berkilauan yang membuatkannya nampak sangat premium dan pastinya sesuai dipadankan dengan fesyen bergaya.

    Corak burung merak yang sangat menarik dan unik
    Bahagian sisi yang rata membuatkannya selesa dipegang
    Skrinnya menghasilkan warna yang pekat dan mempunyai bezel nipis untuk tontonan video yang lebih menarik

    Selain rekaan yang menarik, bentuknya juga mudah dipegang. Dengan badan senipis 7.69mm sahaja, ia lebih nipis sebanyak 1.2mm daripada generasi sebelumnya dan membuatkannya selesa untuk dipegang oleh tapak tangan. Bahagian sisinya yang rata membuatkan reka bentuk keseluruhan telefon ini nampak langsing dan bergaya.

    Gambar potret yang cantik, tidak kira masa

    vivo V27e dilengkapi sistem kamera serba lengkap agar ia boleh membantu anda mengambil gambar cantik pada bila-bila masa. Di belakang, kameranya terdiri daripada kamera utama 64MP dengan penstabilan imej optikal (OIS), kamera bokeh 2MP dan kamera super makro 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP.

    Untuk menerangkan lagi muka anda sewaktu mengambil gambar mod potret pada waktu malam, vivo V27e dilengkapi lampu Aura Light Portrait yang terletak di sebelah kameranya. Cahaya daripada lampu Aura Light ini akan mencerahkan muka anda, manakala kulit pula akan nampak lebih jelas dan tiada lagi permukaan berminyak (oily sheen) pada kulit.

    Apabila Aura Light diaktifkan, telefon ini akan mengaktifkan algoritma pencerahan mata (eye-brightening algorithm) supaya mata anda nampak lebih kemas dan menceriakan mood dalam gambar.

    Algoritma ini juga boleh memproses gambar Low-Light Portrait untuk menghasilkan tona muka yang lebih cerah secara natural, di samping efek bunga api (firework effects) halus untuk gambar potret keseluruhan yang nampak lebih indah.

    Gambar mod potret yang jelas walaupun dalam suasana gelap
    Efek Low-Light Portrait akan menghasilkan corak bulat “firework effects” pada sumber cahaya
    Aura Light Portrait menerangkan muka anda dengan cahaya yang sesuai berdasarkan cahaya persekitaran. Gambar diambil dengan vivo V27e
    Efek potret French Impressions menghasilkan gambar yang “dreamy”
    Efek potret Party Style menawarkan efek cahaya menarik, sambil mencahayakan muka anda

    vivo V27e menyediakan pelbagai efek potret untuk menghasilkan gambar potret yang lebih unik daripada telefon lain. Sebagai contoh, Flash Portrait dan Party Portrait akan memproseskan subjek dan latar belakang secara berasingan untuk menghasilkan efek akhir yang menarik dengan garisan cahaya.

    Pada waktu malam juga, kamera utama 64 dengan OIS membenarkan anda untuk mengambil gambar yang jelas dan kurang noise dengan Super Night Mode, walaupun apabila anda sekadar memegang vivo V27e tanpa menggunakan tripod.

    Tidak dilupakan, mod petret vivo V27e juga nampak cantik pada waktu siang. Gambar diambil dengan vivo V27e

    Selain itu, penstabilan OIS ini juga bermaksud anda boleh merakam video dengan stabil walaupun anda merakam sambil berjalan untuk membuat vlog. Penstabilan ini dipertingkatkan lagi dengan penstabilan imej elektronik (EIS) untuk rakaman video yang kurang getaran.

    Selepas merakam, anda boleh menyuntingnya dengan mudah menggunakan beberapa fungsi yang disertakan dalam vivo V27e seperti Vlog Movie 3.0 untuk memotong dan menyusun klip video, Movie LUTs untuk efek pewarnaan yang menarik serta Dual-View Video 3.0 untuk merakam menggunakan kamera hadapan dan belakang secara serentak.

    Prestasi tinggi untuk kegunaan harian

    Selain kebolehan kamera yang tinggi, vivo V27e turut memiliki spesifikasi keseluruhan yang canggih bagi memudahkan anda untuk melakukan tugas harian. Sebagai contoh, ia dilengkapi skrin AMOLED untuk penghasilan warna yang terang sewaktu menonton video dan kadar segar semula 120Hz untuk penggunaan yang lebih lancar.

    Baterinya berkapasiti 4,600mAh, namun apa yang lebih penting adalah vivo V27e turut menyokong kadar pengecasan pantas 66W FlashCharge yang boleh mengecas 50% daripada baterinya dalam masa sepantas 18 minit sahaja.

    Prestasinya dijana oleh cipset MediaTek Helio G99 dan mampu menghasilkan prestasi tinggi untuk kebanyakan aplikasi penting serta game popular. Sewaktu bermain game,  vivo V27e mempunyai sistem penyejukan efisien untuk mengawal suhu dalaman serta menawarkan beberapa fungsi khusus untuk gaming seperti mod Game BOOST untuk meningkatkan prestasi,  4D Game Vibration dan Motion Control.

    Telefon ini mempunyai RAM 8GB dan storan dalaman 256GB yang cukup besar untuk menyimpan segala foto dan video yang boleh dimuat naik ke media sosial.

    vivo V27e akan dijual di Malaysia pada harga RM1,299 dan ia boleh dibeli di kedai #vivoConceptStore atau secara dalam talian di vivo e-store, Lazada, Shopee dan TikTok Shop. Para pembeli awal akan menerima sejumlah hadiah bernilai RM666 termasuklah:

    • Smart Tag
    • Pembesar suara Bluetooth
    • Jaminan lanjutan Protection Plus 1+1 bernilai RM199
    • Perlindungan skrin Protection Plus bernilai RM299

    Kempen promosi vivo V27e ini akan berlangsung pada 4 Mac hingga 3 April, sementara stok masih ada.

    Jadi jika anda berminat untuk memiliki peranti yang membolehkan anda untuk menjadi bintang pempengaruh seterusnya, lihat sahaja pada vivo V27e. Ia dilancar di Malaysia pada hari ini, jadi adakah anda berminat dengan peranti hebat ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh vivo Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Shopee lancarkan program Jaminan Tepat Masa untuk penghantaran barang bermula 6 Mei ini

    Shopee akan melancarkan inisiatif terbaharunya, program Jaminan Tepat Masa yang bertujuan untuk mengurangkan kebimbangan mengenai kebolehpercayaan penghantaran untuk pembeli dalam talian.

    Nothing Ear dan Ear (a) dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles lutsinar bermula RM479

    Nothing Malaysia telah memperkenalkan dua fon telinga wayarles baharu iaitu Nothing Ear dan Nothing Ear (a). Syarikat teknologi yang berpusat di London,...

    HONOR X7b 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 6020, bateri 6,000mAh & kamera 108MP berharga...

    Memperkenalkan HONOR X7b 5G, telefon pintar yang berkuasa yang mentakrifkan semula prestasi mudah alih dan fotografi. Ia dilengkapi dengan RAM 16GB dan...

    nubia Neo 2 5G dilancar di Malaysia: Tampilkan ‘Dual Gaming Shoulder Triggers’ berharga RM999

    Siri nubia Neo melancarkan peranti andalan terbaharunya, nubia Neo 2 5G yang dicipta untuk memenuhi keperluan pemain kasual dan peminat dengan mengutamakan...

    TIME naik taraf Pakej MyKabel 100Mbps kepada 200Mbps, harga kekal pada RM69/bulan

    Awal bulan ini, TIME memberikan peningkatan Speed Boost secara percuma kepada beberapa pelanggan yang layak. Kini, terdapat satu lagi peningkatan baru dan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X