More

    OnePlus akan lancarkan telefon pintar lipat pada suku ke-3 2023

    Dalam acara Mobile World Congress (MWC) 2023 yang sedang berlangsung sekarang, OnePlus mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon lipat yang pertama pada tahun ini. Berita tersebut dikongsi dalam sebuah panel perbincangan oleh Kinder Liu yang merupakan presiden dan Ketua Pegawai Operasi (COO) OnePlus.

    Menurutnya, telefon lipat pertama OnePlus akan mempunyai pengalaman penggunaan pantas dan lancar yang sinonim dengan jenama tersebut. Peranti itu juga ingin memberikan pengalaman terbaik dalam pasaran skrin lipat pada waktu ini.

    Liu juga mengatakan telefon lipat OnePlus itu akan mempunyai reka bentuk mirip buku, jadi ini mungkin membuatkannya serupa dengan Samsung Galaxy Z Fold4 atau OPPO Find N2. Selain daripada itu, tidak banyak maklumat yang dikongsi oleh beliau tentang telefon lipat ini.

    Kami menjangkakan telefon lipat OnePlus bakal dilancar bersama siri OnePlus T untuk tahun ini pada suku ketiga 2023. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured