More

    Amazon Web Services akan labur RM25.5 bilion untuk bina infrastruktur ICT di Malaysia

    Amazon Web Services (AWS) mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan rantau infrastruktur (AWS Infrastructure Region) baharu di Malaysia dengan pelaburan sebanyak RM25.5 bilion untuk tempoh melebihi 15 tahun, menjadikannya pelaburan terbesar oleh sebuah syarikat teknologi antarabangsa di Malaysia.

    Dalam sebuah siaran akhbar, AWS menghuraikan bahawa rantau AWS itu akan menyediakan peluang kepada pembina aplikasi, syarikat startup, usahawan, perniagaan, kerajaan, pendidikan dan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan untuk membina pengkalan data di Malaysia.

    Rantau AWS ini terdiri daripada tiga Availability Zones dan akan meningkatkan jumlah 99 Availability Zones yang sudah terdapat di 31 negara.

    Buat masa ini, antara syarikat Malaysia yang bergantung kepada AWS termasuklah Astro Malaysia Berhad, Axiata Group, Bank Islam Malaysia, CelcomDigi, Johor Corporation, PayNet dan Petronas, manakala syarikat startup termasuk Baba Products, Carsome, Omesti Berhad dan StoreHub.

    Sektor awam yang menggunakan AWS pula termasuklah Asia Pacific University, BeEducation, Cybersecurity Malaysia, Jabatan Perangkaan, Kementerian Pengajian Tinggi, Pos Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pelaburan AWS ini akan meningkatkan daya saing Malaysia dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan inovasi dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

    Beliau mengatakan AWS akan mempunyai 80 peratus tenaga pekerja yang terdiri daripada rakyat Malaysia. Antara daya penarik Malaysia yang membuatkan AWS memilih negara ini termasuklah infrastruktur ICT yang sangat maju, rangkaian telekomunikasi yang baik, ramai pekerja berkemahiran, rangka kerja perlindungan harta intelektual yang mantap dan kedaulatan undang-undang.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured