More

    Apple mungkin akan lancarkan iPhone 14 berwarna kuning

    Apple sering melancarkan pilihan warna baharu untuk iPhone terkini pada awal setiap tahun, seperti warna hijau untuk iPhone 13 dan warna ungu untuk iPhone 12. Kini, Apple dikhabar bakal melancarkan pilihan warna baharu untuk iPhone 14 pula iaitu kuning.

    Menurut sumber, warna kuning itu mungkin hanya akan ditawarkan untuk iPhone 14 standard dan iPhone 14 Plus. Ia tidak akan ditawarkan untuk varian Pro atau Pro Max. Pada waktu pelancarannya, iPhone 14 hanya ditawarkan dalam warna biru muda, kelabu, putih, hitam dan merah.

    Apple juga dikhabarkan bakal membuat sebuah sesi taklimat produk dengan pihak media pada minggu depan dan iPhone 14 berwarna kuning ini mungkin merupakan salah satu daripada produk-produk yang akan dilancar.

    Kali terakhir Apple menawarkan iPhone berwarna kuning adalah untuk iPhone 11 yang dilancar pada 2019, iPhone XR pada 2018 dan iPhone 5C pada 2013.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iPhone kuning dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5 Mac

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured