More

    Android 15 mungkin akan kembalikan nama berasaskan makanan manis

    Sistem operasi telefon pintar Android merupakan antara yang popular dalam pasaran sekarang, di mana ia telah pun berada dalam jutaan telefon sejak pengenalannya pada 2008. Versi Android yang terkini adalah Android 13 yang dilancar pada bulan Ogos 2022.

    Jika anda merupakan seorang pengguna Android sejak beberapa tahun lalu, anda pasti ingat bahawa Android pernah menggunakan nama manisan untuk edisi tahunan sistem operasi tersebut. Sebagai contoh, Android 3 ialah Honeycomb, Android 4 ialah Ice Cream Sandwich dan Android 8 ialah Oreo.

    Google menghentikan nama berasaskan manisan ini sejak Android 10, kemudian sistem operasi itu hanya menggunakan nombor untuk menandakan versi seterusnya. Nama manisan hanya digunakan sebagai nama kod dalaman (internal codename) untuk para pembina.

    Sungguh pun begitu, Android dikhabarkan bakal membawa semula nama manisan ini untuk Android 15. Menurut sumber, Android 15 mungkin akan menggunakan nama Vanilla Ice Cream sebagai kod dalaman, dan mungkin juga sebagai nama rasmi.

    Memandangkan Android 15 hanya akan dilancar pada 2024, perkara ini masih lagi belum disahkan. Sementara itu, Android 14 sudah pun mempunyai kod namanya sendiri iaitu Upside-Down Cake.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Police

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured