fbpx
More

    Touch ‘n Go eWallet jadi e-dompet pertama laksanakan 5 langkah keselamatan yang diwajibkan oleh BNM

    Perkhidmatan e-dompet Touch ‘n Go (TNG) eWallet kini menjadi e-dompet pertama di Malaysia yang melaksanakan lima langkah keselamatan siber yang telah diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membendung jenayah penipuan atau scam.

    Langkah pertama adalah penukaran daripada fungsi pengesahan kata laluan sekali (one-time password, OTP) kepada kaedah pengesahan identiti yang lebih selamat. Pengguna TNG eWallet kini perlu membuat pengesahan muka (face verification) apabila mereka ingin mendaftar masuk ke dalam eWallet, menukar PIN, melakukan transaksi, membuat pembayaran atau menambah nilai. Perlu diketahui bahawa pengesahan muka hanya diperlukan untuk jumlah transaksi yang tertentu, manakala transaksi harian tidak memerlukannya.

    Kedua, TNG mengetatkan kaedah pengesanan penipuan dan menghalang sebarang transaksi yang meragukan. Transaksi yang melepasi jumlah tertentu atau sebarang tindakan yang mencurigakan dan abnormal dalam sebuah akaun pengguna, akan menyebabkan akaun tersebut untuk disekat atau dihadkan fungsinya. Sebuah emel amaran akan dihantar kepada pemilik akaun jika terdapat transaksi yang melebihi had.

    Ketiga, pengesahan transaksi perbankan elektronik hanya akan dihadkan dalam sebuah peranti sahaja untuk setiap pemilik akaun TNG eWallet. Pihak TNG memperkenalkan TapSecure sebagai fungsi pengesahan sekali sentuh (one-tap) sewaktu pengguna ingin melakukan transaksi. Fungsi TapSecure ini memastikan agar hanya sebuah peranti yang dimiliki oleh pemilik sahaja yang boleh mengesahkan transaksi dalam akaun eWallet.

    Keempat, TNG kini memperkenalkan tempoh penyejukan (cooling-off period) untuk pendaftaran kali pertama, pendaftaran peranti dan penyerahan dokumen profil. Apabila pengguna melakukan mana-mana di antara tiga perkara ini, beliau akan dikenakan had untuk pembayaran atau penambahan nilai selama 48 jam. Transaksi yang melebihi had itu akan dihalang.

    Dan yang terakhir, TNG telah menyediakan talian khas untuk sebarang bentuk penipuan. TNG eWallet ialah e-dompet pertama yang menjadi sebahagian daripada Pusat Respons Scam Kebangsaan di Sasana Kijang. Pengguna yang merasakan diri mereka telah menjadi sasaran scam boleh hubungi +60350223888, dan tekan 4 untuk laporkan penipuan (fraud).

    CEO TNG Digital Sdn Bhd, Alan Ni, berkata semua langkah ini berjaya dilaksanakan pada empat bulan sebelum tarikh tamat yang ditetapkan oleh BNM. Demi menjamin keselamatan para pengguna, mereka telah memperkukuh fungsi keselamatan berdasarkan garisan yang telah ditetapkan oleh BNM sejak November 2022.

    Layari laman web TNG untuk maklumat lanjut mengenai keselamatan TNG eWallet. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Google Wallet bolehkan anda tambah dokumen dan tiket daripada pustaka foto

    Dompet mudah alih telah menjadi asas kemudahan moden, membolehkan pengguna menyimpan bukan sahaja kad kredit mereka tetapi juga kad insurans kereta, tiket...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X