More

    KKD bakal adakan pertemuan dengan Telegram berhubung isu “scam” dan keselamatan awam

    Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menghubungi Telegram tidak lama lagi untuk membincangkan isu-isu yang membabitkan aplikasi itu terutama berkaitan keselamatan pengguna. Fahmi Fadzil berkata walaupun Telegram digunakan oleh banyak pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk berkongsi maklumat, kerajaan tidak akan berkompromi apabila ia melibatkan isu keselamatan awam.

    Fahmi Fadzil berkata Telegram ini dilihat bermasalah dengan pelbagai maklumat disiarkan dan banyak aktiviti penipuan dilaporkan. Tetapi pada masa ia adalah saluran penting untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai contohnya seperti MKN. Justeru, katanya, kementerian akan berbincang dengan Telegram bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang sedia ada.

    Tambahnya, ini bukan sahaja mengenai penipu, tetapi juga pornografi dan ekstremisme yang perlu disemak segera jika ia disebarkan melalui Telegram. Fahmi berkata beliau memandang serius perkara ini dan berharap Telegram akan memberi kerjasama kepada kementerian seperti yang pernah dilakukan oleh penyedia perkhidmatan lain sebelum ini.

    Beliau berkata penipuan adalah isu yang membimbangkan terutamanya dengan beberapa kes kecurian identiti menggunakan platform untuk menyasarkan orang terkemuka. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured