fbpx
More

    realme GT3 dilancar: Telefon pertama dengan pengecasan pantas 240W bermula ~RM2,905

    realme melancarkan realme GT3 dengan pengecasan pantas 240W di Mobile World Congress (MWC) 2023. Telefon pintar ini merupakan telefon pertama yang dihasilkan dengan pengecasan pantas 240W secara besar-besaran di dunia.

    240W mempercepatkan pengecasan telefon pintar kepada beberapa minit dengan mengambil masa 80 saat untuk mengecas dari sifar ke kapasiti 20%. Ia hanya mengambil masa 9 minit dan 30 saat untuk mengecas bateri 4,600mAh peranti.

    realme GT3 mempunyai tiga set cip pengecasan maksimum untuk dan menghasilkan kecekapan pemindahan 98.5% yang dipertingkatkan semasa pengecasan. Selain itu, ia juga hadir dengan kabel pengecasan 12A ultra-pantas. Tambahan lagi, realme menyediakan teknologi pengecasan GaN dwi termasuk cipset GaN hujung ke hujung dalam telefon dan pengecas. 

    Salah satu cabaran paling sukar untuk pengecasan kuasa tinggi ialah kawalan suhu. realme GT3 dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair VC bersaiz 6580mm2 yang meliputi bateri 61.5% dan memastikan pelesapan haba yang cekap. Ia turut mempunyai reka bentuk kalis api PS3, 13 penderia suhu dan 60 lapisan perlindungan keselamatan serta diperakui TÃœV Rheinland.

    Menurut ujian makmal, realme GT3 mempunyai jangka hayat 80% selepas lebih 1600 kitaran pengecasan 240W. Ia menggunakan pengecasan pintar yang mengesan status pengguna dan menukar status pengecasan kepada mod perjalanan, mod tidur atau mod dalam kereta. 

    Peranti ini mempunyai tetingkap lut sinar di sebelah modul kamera. Pengguna akan menemui cipset, cip NFC dan Sistem Antara Muka Pulse yang inovatif dengan cincin pencahayaan RGB berbentuk C di dalamnya.

    Sistem Antara Muka Pulse menambahkan elemen yang menyeronokkan dan interaktif pada telefon. Untuk mendayakannya, anda boleh pergi ke tetapan (Settings) > kertas dinding & reka bentuk (wallpaper & design ) > cahaya pernafasan (breathing light). Pengguna boleh memilih daripada 25 rona warna, 2 jenis irama dan 5 mod kelajuan pencahayaan.

    realme GT3 hadir dalam varian 8+128GB, 12+256GB, 16+256GB, 16+512GB, dan varian istimewa 16+1TB. Ia menawarkan dua pilihan warna iaitu Pulse White dan Booster Black bermula dari $649 (~RM2,905).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X