More

    Pembesar suara pintar Sonos Era 300 dan Era 100 dilancar di Malaysia bermula RM1,599

    Sonos telah mengumumkan pembesar suara pintar Sonos Era 300 dan Sonos Era 100 yang akan mula dijual di Malaysia dan pasaran global lain mulai 28 Mac 2023. Era 300 akan dijual pada harga RM2,799 manakala Era 100 akan dijual pada harga RM1,599

    Menampilkan pembesar suara enam hala yang disokong oleh Dolby Atmos, Era 300 menyampaikan bunyi spatial dalam reka bentuk jam pasir yang elegan. Anda boleh memasangkan dua pembesar suara dengan Arc atau Beam (Gen 2) untuk bunyi sekeliling. 

    Sonos Era 300
    Sonos Era 300

    Sebaliknya, Era 100 dibina di atas Sonos One dengan 2 tweeter bersudut dan midwoofer yang lebih besar untuk frekuensi tinggi dan base yang padu. Era 100 juga boleh dipasangkan untuk sistem bunyi sekeliling.

    Dibuat dengan plastik kitar semula (PCR) pasca pengguna, Era 300 dan Era 100 direka bentuk untuk mampan dan boleh disambungkan pada WiFi, Bluetooth atau melalui kabel tambahan dan Penyesuai Talian Sonos. Kedua-dua pembesar suara pintar boleh dikawal menggunakan aplikasi Sonos yang tersedia untuk pengguna Android dan iOS.

    Sonos Era 100
    Sonos Era 100

    Pra-tempah bermula pada hari ini di laman web rasmi Sonos atau di Sonos Concept Store di The Starhill mulai 8 Mac 2023. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured