More

    AmBank tawarkan bantuan banjir kepada pelanggan dan kakitangannya di seluruh negara

    AmBank Group berusaha membantu dan meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh pelanggan dan perniagaan termasuk kakitangannya berikutan banjir yang melanda baru-baru ini di seluruh negara. 

    Dato’ Sulaiman Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, AmBank Group berkata pihak Bank komited untuk menyediakan bantuan banjir kepada semua pelanggan yang terjejas melalui Program Bantuan Banjir Ambank. Program ini menyediakan bantuan yang disasarkan kepada pelanggan yang layak yang sedang bergelut dengan kesan akibat banjir. 

    Pelanggan yang terjejas ditawarkan bantuan bayaran balik sehingga enam bulan untuk semua pinjaman dan kemudahan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit, tanpa caj lewat atau penalti dikenakan sepanjang tempoh bantuan bayaran balik.

    Selain itu, pelanggan yang berhasrat untuk menukar buku simpanan, buku cek, sijil simpanan tetap, kad ATM, Kredit dan Debit akan di berikan pengecualian daripada semua caj sampingan dan penggantian untuk membantu meringankan beban mereka. 

    Para pelanggan AmBank yang mengalami kesulitan dan gangguan akibat banjir boleh menghubungi cawangan terdekat mereka atau Pusat Perhubungan 24 jam AmBank di talian 03- 2178 8888.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...