More

    Tempahan HUAWEI MateBook 14 berakhir hari ini, potongan harga sehingga RM700

    Hari ini merupakan hari terakhir untu anda membuat tempahan komputer riba ultra-nipis dan ringan terbaharu daripada HUAWEI iaitu MateBook 14. Rebut peluang anda sekarang untuk menempah HUAWEI MateBook 14 Intel Core i5 (16GB + 512GB) pada harga hanya RM3,299 (harga asal RM 3,999) di laman rasmi HUAWEI.

    Sah daripada 3 Mac sehingga hari ini, pengguna juga layak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM398 seperti beg galas HUAWEI, tetikus Bluetooth HUAWEI dan waranti dua tahun untuk pembelian HUAWEI MateBook 14 Intel Core i5 (16GB + 512GB).

    HUAWEI MateBook 14 mempunyai paparan 14 inci yang menawarkan resolusi 2K FullView, nisbah skrin-ke-badan 90% dan nisbah aspek 3:2. Ia juga ringan dengan berat hanya 1.49kg serta kad grafik Iris Xe. Bateri 56Wh boleh dicas pantas dengan penyesuai kuasa 65W.

    Selain itu, MateBook 14 turut disepadukan dengan Enjin Aplikasi Mudah Alih yang membolehkan pengguna menjalankan aplikasi mudah alih yang dimuat turun daripada HUAWEI AppGallery. Ciri sambungan berbilang skrin tersedia membolehkan pengguna menyambung peranti mereka seperti telefon pintar, tablet, monitor atau peranti HUAWEI yang lain.

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman tempahan bagi HUAWEI MateBook 14 di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured