More

    Amazfit GTR Mini bakal dilancarkan di Malaysia pada 17 Mac ini

    Baru-baru ini, Amazfit Malaysia telah mengumumkan bahawa siri jam tangan pintar akan datang iaitu Amazfit GTR Mini akan mula diumumkan di Malaysia pada 17 Mac ini. Mengacah melalui halaman Facebook rasminya, tidak banyak maklumat diberikan kecuali tarikh pelancaran yang dinyatakan.

    Untuk pengetahuan, GTR Mini masih belum dilancarkan di tempat lain di dunia. Bermakna negara kita akan menjadi salah satu negara pertama yang mendapatkannya. Seperti namanya, siri jam tangan pintar itu mungkin dilengkapi versi yang lebih padat bagi peranti boleh pakai Amazfit GTR.

    Sebelum ini, paparan dan spesifikasi GTR Mini dikatakan tertiris dalam talian menunjukkan reka bentuknya. Maklumat yang terdedah menunjukkan bahawa jam tangan pintar itu akan menampilkan paparan AMOLED 2.5D 1.28 inci dan sarung keluli tahan karat dengan satu butang di sisi. Terdapat juga bateri 500mAh, Bluetooth 5.1 LE dan ciri penjejakan kesihatan yang biasa.

    Sama-sama kita tunggu sehingga 17 Mac ini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai reka bentuk dan spesifikasi GTR Mini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Amazfit GTR Mini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured