More

    iPhone 15 standard mungkin tidak miliki kadar penyegaran semula yang tinggi dan always-on display

    Barisan iPhone 15 dilaporkan akan mengekalkan perbezaan spesifikasi antara model Pro dan bukan Pro seperti siri iPhone 14. Dalam erti kata lain, model iPhone 15 standard tidak akan mempunyai ProMotion dan paparan sentiasa hidup (always-on display).

    Menurut akaun agregator berita yeux1122 di blog Naver, hanya model iPhone 15 Pro akan mendapat panel LTPO dan membenarkan kadar penyegaran semula dari 1 hingga 120Hz untuk membolehkan ProMotion dan always-on display.

    Oleh itu, untuk tahun ketiga berturut-turut, iPhone standard tidak akan mempunyai paparan kadar penyegaran semula yang tinggi sejak ProMotion diperkenalkan dalam siri iPhone 13 Pro. Ini agak mengecewakan kerana kebanyakan telefon pintar Android memiliki kadar penyegaran semula yang tinggi tetapi tidak pada iPhone 15 standard.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured