More

    Jom pergi ke OPPO Find N2 Flip Pop-up Experience Store di Pavilion KL untuk lihat telefon lipat terbesar di Malaysia!

    Bagi mempromosikan telefon pintar lipat OPPO Find N2 Flip yang baru dilancar untuk pasaran Malaysia baru-baru ini, OPPO Malaysia telah membina jerayawara OPPO Find N2 Flip Pop-up Experience Store di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur.

    Satu tarikan menarik di jerayawara ini adalah sebuah model Find N2 Flip gergasi yang mempunyai rekaan lipat serupa dengan Find N2 Flip sebenar. Di hadapan model gergasi bernama OPPO Giant Flip itu, anda boleh mengambil gambar bersamanya untuk peluang memenangi sepasang fon telinga wayarles daripadaOPPO.

    Dalam peraduan Flip-a-Pose yang akan berlangsung sehingga 10 Mac, pengunjung boleh bergambar dengan OPPO Giant Flip sambil menggayakan gaya menarik, kemudian muat turun ke media sosial dengan tanda palang #OPPOFindN2Flip dan #OPPOGiantFLip. Pertandingan ini terbuka untuk sesiapa sahaja.

    30 orang pemenang bertuah dengan gaya paling menarik akan memenangi sepasang OPPO Enco Air3. Mereka juga akan mara ke pusingan akhir untuk persembahan gaya secara langsung (live posing performance) pada 11 Mac 2023 jam 10:00 pagi, di mana mereka berpeluang untuk menjadi salah satu daripada tiga orang yang akan memenangi OPPO Find N2 Flip.

    Di samping itu, bagi mendemonstrasikan ketahanan engsel N2 Flip, OPPO Malaysia telah meletakkan sebuah Folding Robot yang akan melipat skrin Find N2 Flip sebanyak 200,000 kali dalam tempoh 6 hingga 12 Mac. Skrin ini diiktiraf oleh TÜV Rheinland untuk ketahanan sebanyak 400,000 kali lipatan, jadi pengunjung boleh lihat sendiri ketahanan engsel Find N2 Flip.

    Sempena Hari Wanita Antarabangsa yang berlangsung pada hari ini (8 Mac), semua wanita yang mengunjungi jerayawara OPPO Malaysia ini akan menerima cenderahati khas apabila mereka mengambil gambar bersama OPPO Giant Flip.

    OPPO Find N2 Flip akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM3,999. Pra-tempahan untuknya akan dibuka sehingga 10 Mac, di mana pelanggan akan turut menerima hadiah percuma termasuk waranti lanjutan setahun (RM259), fon telinga wayarles OPPO Enco Air 3 (bernilai RM249) dan sarung Portable PU (bernilai RM129).

    Pelanggan juga boleh membeli pelan perlindungan skrin OPPO Care Screen Protection Plan pada harga diskaun iaitu RM299 (harga asal RM599). Pelan ini memberikan gantian skrin jika skrin Find N2 Flip mengalami kerosakan atau retak.

    "
    "

    Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai acara khas ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...