CelcomDigi Berhad memudahkan pelanggan untuk terus berhubung sepanjang masa dengan memastikan semua Bluecube dan Kedai Digi memberikan perkhidmatan yang lancar kepada penggunya.
Pada masa ini, terdapat 534 titik sentuh (touchpoints) di seluruh negara yang diuruskan oleh pekerja CelcomDigi yang berpengalaman. Sehingga hari ini ini, terdapat 11 jenis transaksi jualan dan perkhidmatan yang diesdiakan untuk pengguna Celcom dan Digi seperti pembayaran bil, perubahan pelan, penggantian kad SIM dan tambah nilai prabayar.
Pelanggan pascabayar dan prabayar baharu Celcom dan Digi juga boleh melengkapkan pendaftaran pelan, pendaftaran MNP (Mobile Number Portability) untuk menukar pelan tanpa perlu menukar nombor telefon, atau membuat pembelian Internet di semua titik sentuh berjenama.
CelcomDigi berharap para pelanggannya mendapat perkhidmatan dan pengalaman yang boleh dipercayai dan lancar. Bagi pengguna yang ingin menyelesaikan transaksi dalam talian, mereka boleh terus berbuat demikian melalui aplikasi Celcom Life dan MyDigi.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







