More

    Anda kini boleh bayar parkir melalui TnG eWallet, tersedia di 60 tempat di seluruh negara

    Touch ‘n Go eWallet baru-baru ini melancarkan Scan QR in/out Parking di Malaysia yang memberikan pengguna pengalaman pembayaran yang lebih lancar di tapak letak kereta terpilih. Ia diumumkan melalui kiriman Facebook rasmi Touch ‘n Go.

    Menurut kiriman tersebut, pengguna perlu mengimbas kod QR di pintu masuk dan keluar tempat letak kereta. Untuk menggunakan ciri ini, anda hanya perlu membuka aplikasi Touch ‘n Go eWallet, pilih pada Bayar dan imbas kod QR yang tersedia.

    Touch ’n Go eWallet mengingatkan bahawa pengguna perlu mengulangi proses yang sama apabila masuk dan keluar dari tapak letak kereta. Apabila hendak keluar, aplikasi akan mengira tempoh masa anda meletakkan kenderaan di tempat parkir tersebut dan jika perlu dibayar, Touch ‘n Go eWallet akan memproses pembayaran.

    Aplikasi akan menolak amaun daripada baki eWallet anda dan menghantar pemberitahuan pembayaran yang telah berjaya. Pastikan anda mempunyai baki eWallet yang mencukupi sebelum keluar dari parkir. Selain itu, Tng juga menjelaskan bahawa aplikasi itu tidak memerlukan sambungan internet untuk menjana kod QR.

    Justeru itu, anda boleh masuk dan keluar dari tapak letak kereta walaupun tanpa sambungan internet. Pada masa ini, terdapat hanya 60 tapak letak kereta di seluruh negara yang menyokong ciri tersebut. Apakah pendapat anda tentang ciri ‘Scan QR in/out Parking’ Touch ‘n Go eWallet?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured