More

    Astro tawarkan tontonan Viu secara percuma sehingga Jun 2023

    Astro telah memperkenalkan perkhidmatan penstriman filem popular Viu ke dalam Astro Ultra Box dan bagi menyambut kandungan baharu ini, Astro akan menawarkan Viu secara percuma kepada semua pelanggan Astro Ultra Box pada 9 Mac hingga 8 Jun 2023.

    Penonton boleh saksikan pelbagai siri televisyen hebat dari Korea, Thailand, Indonesia serta tempatan. Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario, berkata pelanggan Astro Ultra Box kini mempunyai akses kepada lebih 90,000 rancangan melalui lapan aplikasi premium termasuk Viu.

    Selain Viu, Astro Ultra Box turut menawarkan aplikasi penstriman Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, BBC Player, TVBAnywhere+ dan beIN SPORTS CONNECT. Pada masa hadapan, Astro merancang untuk memperkenalkan Zee5 dan banyak lagi aplikasi pentriman.

    Selepas 8 Jun 2023, pengguna Astro Ultra Box boleh melanggan kepada Viu Premium pada harga RM14.90 sebulan. Layari laman web Astro untuk maklumat lanjut mengenainya.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured