More

    HONOR Malaysia sahkan pelancaran telefon andalan HONOR Magic pada awal April 2023

    Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Justin Li telah mendedahkan jenama itu sedang membuat persiapan untuk ketibaan siri HONOR Magic5 dan telefon pintar lipat HONOR Magic Vs di Malaysia pada April 2023 ini.

    Di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023, HONOR telah memenangi 42 anugerah sebagai telefon terbaik. Dalam pada itu, Li menyatakan bahawa Malaysia telah dipilih sebagai pasaran global pertama yang akan melancarkan siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs.

    HONOR Magic5 dan HONOR Magic5 Pro dilengkapi spesifikasi tercanggih untuk telefon andalan tahun ini, seperti cipset Snapdragon 8 Gen 2, skrin dengan kadar segar semula sehingga 120Hz dan pengecasan pantas 66W.

    Perbezaan yang ketara di antara dua varian ini adalah daripada segi kamera, di mana varian Magic5 Pro mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 50MP, manakala Magic5 standard mempunyai kamera utama 54MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto 32MP.

    HONOR Magic Vs pula menggunakan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan GPU Adreno 730. CPU peranti ini terdiri daripada 1 teras Cortex-X2 pada kelajuan 3.0GHz, 3 teras Cortex-A710 pada kelajuan 2.5GHz dan 4 teras Cortex-A510 pada kelajuan 1.8GHz. Peranti ini turut menampilkan RAM 12GB dan ROM 512GB.

    Telefon ini menggunakan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan GPU Adreno 730. CPU peranti ini terdiri daripada 1 teras Cortex-X2 pada kelajuan 3.0GHz, 3 teras Cortex-A710 pada kelajuan 2.5GHz dan 4 teras Cortex-A510 pada kelajuan 1.8GHz. Peranti ini turut menampilkan RAM 12GB dan ROM 512GB.

    Ketahui lebih lanjut mengenai HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic Vs di laman web rasmi HONOR. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured