More

    Alibaba Cloud perkenalkan penyelesaian AI baharu, bantu tingkatkan industri logistik Malaysia

    Alibaba Cloud mengumumkan penyelesaian logistiknya berpandukan AI, EasyDispatch kini disediakan di Malaysia. Inisiatif ini adalah selaras dengan komitmen Alibaba Cloud untuk meningkatkan nilai ekonomi Malaysia serta menyediakan persekitaran kondusif untuk syarikat baharu dan Peniaga Kecil-Sederhana (PKS).

    EasyDispatch direka untuk meningkatkan pengurusan rantaian bekalan di samping mengurangkan kos logistik menggabungkan ciri-ciri berpusat berkuasa AI dan Perancangan Laluan Kenderaan (VRP). Penyelesaian ini memberikan prestasi dan kestabilan yang tinggi dari mana-mana lokasi.

    Dengan penyelesaian baharu ini, syarikat itu turut mengumumkan sokongannya untuk Global Track yang merupakan penyedia perkhidmatan sistem logistik pintar Malaysia. Alibaba Cloud menerima maklum balas bahawa sistem perisian itu telah membantu pelanggan mengurangkan masa pemprosesan sehingga 40% dan pengurangan tenaga kerja sehingga 30% berbanding dahulu.

    Alibaba Cloud juga telah menandatangani MoU dengan EasyParcel untuk menganalisis data besar, kecerdasan buatan dan pengkomputeran awan dalam meningkatkan kecekapan dan kemampuan logistik hujung ke hujung serta membantu menyediakan penyelesaian dan kos yang efektif kepada perniagaan di Asia Tenggara. 

    Dalam pada itu, Alibaba Cloud mempunyai jaringan 86 zon ketersediaan di 28 rantau di seluruh dunia, menawarkan infrastruktur awan yang sangat selamat dan kukuh. Ia juga merupakan penyedia awan global pertama dengan pusat data tempatan di Malaysia sejak 2017, dan turut melancarkan Pusat Penggerakan Anti-DDos berasaskan awan pertamanya di Malaysia pada 2018 yang berkhidmat untuk rantau itu.

    Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian Smart Logistics Alibaba Cloud di laman web rasmi Allibaba. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Apple mula uji cip memori China untuk iPhone dan MacBook

    Apple dilaporkan sedang menguji cip memori daripada syarikat pengeluar China, ChangXin Memory Technologies (CXMT) untuk barisan produk utamanya merangkumi iPhone dan MacBook....

    ChatGPT makin seronok untuk pengguna percuma, sembang teks kini tanpa had

    OpenAI mengumumkan pemansuhan had penggunaan sembang berasaskan teks untuk pengguna ChatGPT akaun percuma dan akaun Go. Langkah ini menandakan perubahan dasar pada...

    Apple Store kedua Malaysia mungkin di Putrajaya — Ini sebabnya

    Apple dipercayai sedang bersiap sedia untuk membuka kedai rasmi keduanya di Malaysia yang dijangka berlokasi di Putrajaya. Langkah berkenaan dikesan berikutan penawaran...

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured