More

    realme C55 miliki ciri “Mini Capsule” Android pertama di Malaysia

    realme membuat pembaharuan yang berani pada telefon pintar akan datangnya iaitu realme C55. Peranti ini hadir dengan salah satu perkara yang paling ikonik iaitu ciri “Mini Capsule” baharu di bahagian atas skrinnya. Ini ialah peranti realme pertama dengan teknologi “Mini Capsule” dan ia akan menjadikan pengalaman telefon realme lebih lancar dan bersepadu.

    Fungsi “Mini Capsule” automatik disesuaikan dengan paparan dan skrin berada pada sekelilling potongan kamera lubang tebuk. “Mini Capsule” ialah ciri mesra pengguna yang boleh memberikan pengguna realme pemberitahuan untuk tahap bateri, status pengecasan bateri dan penggunaan data pada telefon.

    Untuk peringkat awal, “Mini Capsule” ditetapkan untuk pengecasan pantas dan cirinya akan terus ditambah dan ditingkatkan mengikut keperluan pengguna. Apabila menerima pemberitahuan penting, “Mini Capsule” pada kamera lubang tebuk akan mengembang untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna.

    realme menggabungkan perkakasan dan perisian dengan sempurna untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna. Malah, terdapat animasi cahaya dinamik untuk membina rasa interaksi yang lebih baik. realme menfokuskan kemajuan, inovasi dan pembangunan dalam semua bidang untuk realme Siri C.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured