fbpx
More

    Spesifikasi dan reka bentuk Infinix Hot 30i tertirtis, miliki cipset Unisoc T606 dan RAM 4GB

    Infinix Hot 30i telah muncul dalam pangkalan data Google Play Console dan telah mendedahkan butiran penting pada resolusi paparan, cipset, RAM dan versi Android peranti tersebut. Di samping itu, penyenaraian itu membawa imej yang mempamerkan reka bentuk hadapan Hot 30i.

    Infinix Hot 30i dijadualkan dilancarkan pada 27 Mac ini. Siri Hot 30 juga termasuk Hot 30 dan Hot Play. Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada peranti ini akan dilancarkan bersama Hot 30i. Selain daripada muncul di Play Console, Hot 30i juga telah dikesan dengan nombor model X669 di platform pensijilan seperti TDRA, FCC, NBTC, EEC, Bluetooth SIG dan Wi-Fi Alliance.

    Halaman Konsol Google Play untuk Infinix Hot 30i menunjukkan paparannya mempunyai resolusi HD+ 720 x 1612 piksel dan ketumpatan skrin 320 dpi. Penyenaraian itu mengesahkan bahawa peranti itu akan dilengkapi dengan cipset Unisoc T606 dan RAM 4GB.

    Hot 30i akan dipramuat dengan OS Android 12 bersama UI XOS. Imejnya yang telah muncul di Play Console mendedahkan bahawa ia akan mempunyai paparan takuk titisan air. Selain itu, Hot 30i mendedahkan bahawa ia juga akan datang dalam varian RAM 8GB dan menawarkan RAM 8GB maya.

    Peranti ini akan dilengkapi dengan storan dalaman 128GB. Untuk keselamatan, ia mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian sisi. Khabar angin bahawa peranti ini akan mempunyai kamera utama 50MP di bahagian belakang, bateri berkapsiti 6,000mAh, kemasan premium seperti kaca serta tersedia dalam warna hitam, biru dan putih.

    Ia juga akan tiba dalam warna Marigold yang akan mempunyai kemasan seperti kulit. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple berusaha untuk keluarkan peranti lipat 20.3″ pada 2025 dan iPhone lipat pada 2026

    Apple sedang meningkatkan usahanya dalam membangunkan peranti boleh lipat, di mana penganalisis Haitong International Securities Jeff Pu mengatakan Apple sedang bersiap sedia...

    Apple Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 akan dijual di Malaysia harga bermula...

    Apple telah menyenaraikan dua fon telinga wayarles iaitu Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 On-Ear untuk pasaran Malaysia. Masing-masing membawa reka...

    vivo kongsi gambar yang diambil dengan vivo X100 Ultra, paparkan kebolehan zum

    vivo dijangka akan melancarkan siri telefon pintar andalan vivo X100s dan vivo X100 Ultra pada hujung bulan ini. Sempena pelancarannya yang semakin...

    Telefon pintar cipset Snapdragon 8 Gen 4 pertama dijangka dilancar pada pertengahan Oktober

    Qualcomm telah memelihara kerahsiaan mengenai butiran prosesor mudah alih flagship akan datang mereka, Snapdragon 8 Gen 4. Namun, kebocoran dan desas-desus telah...

    Audio ‘lossless’ oleh Spotify dikatakan hampir siap

    Elemen antara muka (UI) yang bocor membayangkan kemungkinan keluaran peringkat audio tanpa kerugian (lossless) Spotify yang telah lama ditunggu-tunggu, menunjukkan ia mungkin...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X