fbpx
More

    Kaspersky: Malaysia antara 10 negara terima paling banyak e-mel bahaya pada 2022

    Syarikat keselamatan siber dan privasi digital antarabangsa Kaspersky mendedahkan bahawa Malaysia berada di kedudukan ke-10 dalam kalangan negara yang paling banyak menerima e-mel berunsur jahat (malicious e-mails). Malaysia menyaksikan peningkatan e-mel seperti ini sebanyak 18 juta berbanding tahun-tahun sebelumnya.

    Dalam sebuah siaran media, Kaspersky mengatakan jumlah e-mel berniat jahat meningkat pada bulan Mac, Mei dan Jun sebanyak 3% pada 2022, berbanding 2.62% pada 2021.

    Rakyat Malaysia sering menerima e-mel seperti ini yang menyamar sebagai e-mel perniagaan, kemudian penjenayah siber akan cuba meyakinkan penerima e-mel untuk memberi maklumat mengenai perniagaan seperti tawaran kewangan, invois atau slip bank.

    Sering kali, apabila sebuah e-mel berniat jahat ini dibuka, sebuah Trojan akan turut dimuat turun ke dalam peranti yang digunakan. Turut menyukarkan keadaan rakyat Malaysia adalah mereka mengalami kesukaran dalam membezakan e-mel sebenar dengan e-mel yang berniat jahat.

    Menurut data yang dikumpul oleh Kaspersky, kebanyakan laman phishing yang menyebarkan e-mel ini dihoskan dalam domain “.com” dan selalu dikaitkan dengan kandungan hiburan, jadi ini mungkin telah menarik perhatian rakyat Malaysia yang menjadi mangsa. Scam yang terdapat dalam e-mel ini menawarkan ganjaran menarik seperti pembayaran daripada agensi kerajaan, syarikat besar dan bank.

    Sungguh pun begitu, data Kaspersky Secure Network (KSN) melaporkan ancaman web di Malaysia sepanjang lima tahun lalu menunjukkan trend menurun. KSN mencatatkan ancaman web sebanyak 37.1 juta pada 2022, lebih rendah daripada 61.3 juta pada 2021.

    Walaupun dengan trend tersebut, Kaspersky masih mengingatkan rakyat Malaysia supaya kekal peka kerana penjenayah siber akan terus mencipta pelbagai taktik baru untuk menipu mangsa.

    Kaspersky menasihati rakyat Malaysia untuk mengambil beberapa langkah proaktif bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber, seperti:

    • Tidak memuat turun aplikasi dari sumber yang mencurigakan
    • Tidak klik pautan yang tidak dikenalpasti sumbernya
    • Amalkan kata laluan yang kukuh dan unik. Gunakan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol untuk kuatkan kata laluan
    • Sentiasa kemas kini peranti anda
    • Jangan layan mesej yang mengarahkan anda untuk mematikan fungsi keselamatan siber dalam peranti
    • Gunakan perisian anti-virus atau keselamatan siber untuk lindungi peranti

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X