More

    Bila ‘ON’ jadi TV, bila ‘OFF’ jadi bingkai gambar – Samsung TV bergaya bakal hadir di Malaysia

    Jika anda seorang yang mementingkan rekaan dekorasi rumah, anda pasti mencari barang elektrik yang boleh disesuaikan dengan dekorasi rumah anda. Lebih bagus jika ianya sekaligus boleh menjadi perhiasan rumah. Samsung Malaysia Electonics kini bakal membawa masuk kehadiran TV lifestyle seperti The Sero, The Serif dan The Frame di pasaran Malaysia.

    The Sero merupakan sebuah TV yang boleh diputarkan orientasinya, sama ada anda ingin melihat secara menegak atau melintang. Fungsi orientasi yang sama seperti telefon pintar atau tablet anda! The Sero dengan teknologi paparan QLED boleh bersambung dengan telefon pintar anda, jadi anda boleh menonton kandungan di telefon pintar melalui TV.

    The Serif TV dengan paparan QLED berteknologi tinggi ini pula adalah hasil kolaborasi Ronan & Erwan Bouroullec (pereka Paris). TV yang memenangi beberapa anugerah seperti Design Award di UK ini boleh memaparkan pelbagai gambar termasuklah corak dinding rumah anda.

    The Frame dengan paparan QLED sama sperti TV di atas hadir dengan pembantu suara Bixby, Amazon Alexa dan Google Assistant yang menyumbang kepada prestasi Smart TV yang baik. Mod Art pada The Frame boleh memaparkan sehingga 1,200 pilihan karya lukisan agung seluruh dunia. Jadi, The Frame bukan sahaja sebuah TV, tapi bertindak sebagai bingkai gambar yang memaparkan karya lukisan menarik.

    Apa pun, kami masih tidak mempunyai maklumat mengenai harga rasminya. Yang rasmi setakat ini hanyalah kesemua TV ini akan menjengah pasaran teknologi Malaysia dalam masa yang terdekat. Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured