More

    SKMM: Tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang hina kaum, agama dan institusi Diraja

    Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din mengingatkan netizen tempatan supaya tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan yang berbaur kebencian terhadap kaum, agama dan institusi Diraja, lebih dikenali sebagai “3R” (race, religion, royalty).

    Beliau memberi peringatan tersebut selepas beberapa insiden melibatkan elemen 3R yang berlaku sejak kebelakangan ini mungkin boleh menjejaskan ketenteraman dan keharmonian awam. Ucapan berbaur kebencian ini termasuklah ucapan atau gambar yang menuduh dan merendah-rendahkan nilai seseorang berdasarkan faktor kaum, etnik, agama atau kewarganegaraan.

    SKMM akan terus memantau internet untuk membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih dan bersifat jelik terhadap isu 3R. Mereka yang membuat kesalahan ini boleh disabit bawah Sekseyn 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan dikenakan denda RM50,000, penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

    Selain itu, para pentadbir portal-portal berita, media sosial dan aplikasi pemesejan digesa untuk gunakan kuasa editorial dan menguruskan komen-komen daripada golongan netizen dalam platform mereka. Mereka perlu menurunkan sebarang kandungan yang berbaur kebencian dan berbahaya.

    Jika anda terjumpa sebarang kandungan yang menyentuh isu 3R, sila laporkan kepada SKMM melalui laman web Aduan SKMM, talian 1800-188-030, mesej WhatsApp di 016-2206-262 atau hantar emel ke [email protected]. Anda juga boleh salurkan melaporkan berita palsu melalui laman web Sebenarnya.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SKMM

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured