More

    Kementerian Pendidikan akan agihkan 50,000 komputer riba kepada semua sekolah

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini sedang berada dalam proses mengagihkan 50,000 komputer riba kepada semua sekolah di seluruh negara untuk tujuan pembelajaran menggunakan buku teks digital. Buat masa ini KPM sedang berbincang formula yang sesuai untuk mengagihkan bekalan komputer itu secara adil untuk semua sekolah.

    Ketua Pengarah KPM Datuk Pkharuddin Ghazali berkata penggunaan buku teks digital perlu disokong dengan peralatan komputer atau secara dalam talian. Sejak ia diperkenalkan pada 2021, KPM telah menghasilkan lebih 70 peratus buku teks digital untuk kegunaan para pelajar sekolah.

    Ini adalah sebahagian daripada dasar pendidikan digital untuk berikan sumber pembelajaran yang lebih menarik, mudah difahami dan memberi impak besar dalam kefahaman pelajar. Dasar ini sedang berada dalam proses untuk dibawa ke peringkat Jemaah Menteri.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured