More

    HUAWEI FreeBuds 5 bakal dilancar pada 23 Mac ini, tampilkan bentuk titisan air

    Menjelang pelancaran rasminya, HUAWEI secara rasmi mendedahkan fon telinga yang bakal dilancarkan iaitu FreeBuds 5. Seperti dalam imej promosi, HUAWEI FreeBuds 5 mempunyai tapak seperti titisan air dan bukan seperti pendahulunya yang berbentuk silinder.

    Ini menunjukkan perkakasan dan perubahan dalaman yang baharu serta prestasi yang lebih baik, hayat bateri yang lebih lama dan pengalaman audio mengasyikkan. HUAWEI FreeBuds 4 cukup memberikan keselesaan separa dalam telinga tetapi model akan datang ini pasti menjadi lebih baik.

    HUAWEI berkata bahawa mereka telah mencapai satu kejayaan dalam inovasi teknologi dalam pembangunan FreeBuds 5. Peranti audio separuh dalam telinga tanpa wayar baharu menawarkan pengalaman bunyi baharu, dengan pensijilan standard emas HWA/ Hi-Res Audio Wireless untuk output audio padu yang terjamin.

    Sehingga kini, ini sahaja butiran yang kami tahu mengenai FreeBuds 5. Butiran harga dan pemasaran peranti ini akan dikeluarkan semasa acara pelancarannya pada 23 Mac 2023, bersama siri HUAWEI P60 dan HUAWEI Mate X3.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured