More

    HONOR 70 Lite 5G dilancar: Cipset SD 480, skrin LCD 90Hz + dan kamera 50MP berharga ~RM1,093

    HONOR telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbarunya di United Kingdom (UK), HONOR 70 Lite 5G menampilkan beberapa spesifikasi dengan harga berpatutan.

    Menurut laman web rasmi HONOR UK, 70 lite 5G dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 480+, RAM 4GB yang boleh dikembangkan sebanyak 3GB dan storan 128GB.

    Peranti ini memaparkan panel LCD TFT 6.5 inci 90Hz dengan resolusi 1600 x 720 piksel. Paparan ini menampilkan kadar segar semula 60Hz standard, nisbah aspek 20:9, pensijilan TÜV Rheinland dan menyokong 16.7 juta warna.

    Terdapat juga takuk titisan air yang menempatkan kamera swafoto 8MP. Sementara itu, di bahagian belakang, terdapat tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP + makro 2MP + kedalaman 2MP.

    Selain itu, 70 Lite 5G mempunyai bateri 5,000mAh dengan sokongan HONOR SuperCharge 22.5WQ melalui port USB-C. Spesifikasi lain termasuk pengimbas cap jari di sisi, OS Magic UI 6.1 berdasarkan Android 12, bicu audio 3.5mm, dwi SIM, Bluetooth 5.1, NFC dan sambungan 5G.

    Di UK, 70 Lite 5G ditawarkan dalam pilihan warna Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black berharga GBP199.99 (~RM1,093). Sehingga kini, HONOR masih belum mendedahkan sama ada peranti itu akan tiba di Malaysia ataupun tidak.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber:  Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    F1 kembali ke Malaysia! Sepang dipilih ganti perlumbaan Bahrain yang dibatalkan

    Litar Antarabangsa Sepang disahkan bakal menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 pada 4 Oktober ini bagi menggantikan perlumbaan Grand Prix Bahrain yang...

    WhatsApp Web kini lengkap dengan panggilan suara, video dan “call transfer”

    WhatsApp secara rasmi memperkenalkan sokongan panggilan suara dan video terus pada perkhidmatan WhatsApp Web. Pengguna kini boleh membuat serta menerima panggilan secara...

    Philips cipta rekod Malaysia, gosok 49 kemeja sekolah dalam masa sejam

    Philips Domestic Appliances Malaysia melakar sejarah baharu menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori "Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured