More

    Acer umumkan ebii, e-basikal dengan ciri AI, perbatuan 113km dan kelajuan 32km/j

    Acer sedang memasuki pasaran basikal elektrik dengan pembangunan ebii e-basikal. Acer ebii ialah e-basikal ringan yang direka untuk kegunaan di bandar dan dilengkapi dengan ciri AI yang boleh mempelajari keutamaan peribadi penunggang. Ebii juga boleh menukar gear secara automatik bergantung pada keadaan jalan untuk perjalanan yang lancar.

    Acer ebii hanya seberat 35 paun dan ia lebih ringan daripada kebanyakan e-basikal. Ia boleh mencapai kelajuan maksimum 32km/j dan jarak sehingga 113km. Basikal ini boleh dicas sepenuhnya dalam masa 2.5 jam dan menariknya, palam pengecasnya juga boleh digunakan untuk mengecas komputer riba atau telefon.

    Ebii tersedia bersama aplikasi ebiiGO yang menyediakan maklumat penggunaan bateri, laluan yang disyorkan dan semakan kelajuan. Anda juga boleh mengunci dan membuka kunci e-basikal melalui aplikasi. Basikal juga akan mengunci automatik apabila telefon pintar yang dipautkan tidak berada berdekatan dengan basikal.

    Terdapat juga penggera anti-kecurian pada ebii sebagai ciri keselamatan tambahan. ebii juga mempunyai sensor pengesanan perlanggaran, tayar tanpa udara dan lampu di setiap arah. Namun, maklumat ketersediaan dan harga untuk Acer ebii masih belum diumumkan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Acer

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured