More

    Siri Vakum Roborock S8 dilancar di Malaysia, miliki ciri pengesan 3D bermula RM2,699

    Roborock hari ini mengumumkan pelancaran siri Vakum Roborock S8 di Malaysia sempena perayaan Aidilfitri yang akan datang. Peranti keluaran terbaharu ini menawarkan kuasa sedutan yang dipertingkatkan dan berus berpusing dwi untuk pembersihan yang lebih berkesan. Siri ini akan tersedia dalam tiga model iaitu S8 Pro Ultra, S8+ dan S8.

    Model teratas, S8 Pro Ultra menampilkan sistem RockDock Ultra baharu yang menyediakan pembersihan mop automatik, pengosongan dan pengisian semula habuk serta pembersihan diri. Sistem Mop VibraRise 2.0 tersedia pada S8 Pro Ultra dan S8+ yang berpusing 3,000 kali seminit untuk menghilangkan kotoran dari lantai.

    Semua model menampilkan sistem baharu dengan dua berus getah yang berpusing meningkatkan pengambilan kotoran sambil menangani rambut kusut dengan lebih berkesan. Ketiga-tiga model didatangkan dengan kuasa sedutan yang dipertingkatkan kepada 6,000Pa.

    Siri Roborock S8 boleh didapati di kedai AiHome di IOI City Mall, One Utama, Mid Valley Megamall, Setapak Central Mall, Sunway Velocity, dan iGadgets Pavilion Bukit Jalil, serta di Shopee dan Lazada mulai Mac 2023. Roborock S8 Pro Ultra dijual pada harga RM5,599, S8+ pada harga RM3,999 dan S8 pada harga RM2,699.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured