More

    AmBank Islamic memperuntukkan RM380,000 untuk Program iTEKAD, bantu usahawan mikro

    AmBank Islamic memaklumkan penyertaannya dalam program iTEKAD dengan memperuntukkan RM380,000 untuk menyediakan bantuan pembiayaan dan menyokong usahawan mikro.

    Dilancarkan pada tahun 2020 oleh Bank Negara Malaysia, program iTEKAD menyediakan aset perniagaan yang dibiayai oleh instrumen kewangan sosial (derma, pelaburan impak sosial, zakat dan wakaf tunai), pembiayaan mikro dan latihan berstruktur. Bank Negara Malaysia juga menyediakan dana padanan untuk komponen modal permulaan.

    Dato’ Sri Hamidy Abdul Hafiz, Pengerusi, AmBank Islamic berkata ini adalah salah satu aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan isi rumah B40 ke arah kualiti kehidupan yang lebih baik.  Inisiatif iTEKAD menawarkan cadangan unik dan akan memberi manfaat kepada lebih 58 usahawan terdiri daripada industri makanan & minuman, industri peruncitan dan perkhidmatan di Selangor dan Negeri Sembilan.

    Komponen modal permulaan iTEKAD menawarkan geran sehingga RM20,000 untuk setiap peserta dan peserta juga boleh memohon sehingga RM10,000 pembiayaan mikro daripada AmBank Islamic.

    Di bawah komponen bina upaya, para peserta akan didaftarkan untuk menggunakan mTAP, penyelesaian penerimaan kad yang membolehkan pedagang menerima kad kredit atau debit tanpa sentuh menggunakan telefon mudah alih Android yang dilengkapi NFC dan didaftarkan ke QR DuitNow AmBank. 

    Di samping itu, setiap peserta akan diperuntukkan sehingga RM2,000 untuk langganan pelan data dan telefon bimbit percuma daripada Pakej Pascabayar Perniagaan MAXIS dan AmBank mTAP.

    Sebagai sebahagian daripada inisiatif Bajet 2022, Kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta geran padanan untuk program iTEKAD. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...