More

    Samsung mungkin lancarkan peranti tiga-lipatan tahun ini

    Samsung dikatakan sedang mengusahakan peranti Tri-Fold (tiga-lipatan) dan mungkin dilancarkan pada tahun ini. Ia mungkin menjadi realiti kerana kita telah melihat banyak peranti yang sudah menggunakan teknologi lipatan melalui engsel.

    Samsung mungkin menjadi syarikat dengan peranti dwi-engsel dan tiga bahagian boleh dilipat serupa dengan beberapa konsep yang dipamerkan oleh Samsung Display di CES pada bulan Januari lalu. Namun, masih tiada lagi butiran tentang peranti konsep yang ditunjukkan oleh Samsung bakal dilancarkan.

    Sumber yang dipercayai juga mengatakan dalam hantaran tweetnya bahawa Samsung sedang membangunkan Z Fold5 dan Flip5 bersama-sama peranti tiga-lipatan yang terbaharu. Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 dilaporkan akan menggunakan engsel baharu berbentuk titisan air yang membolehkan skrin dalaman dilipat dengan jejari yang lebih luas.

    Ia sepatutnya menghasilkan lipatan yang kurang kelihatan berbanding Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4. Peranti juga boleh dilipat rata sepenuhnya dan dilengkapi ciri penarafan IPX8 untuk kalis air. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured