More

    Mufti Pulau Pinang: Berdosa kalau tunjuk gambar makanan di media sosial sebelum berbuka

    Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor, menasihati umat Islam supaya tidak memuat naik gambar-gambar makanan, minuman atau individu yang sedang menikmati juadah ke dalam media sosial, sebelum waktu berbuka puasa.

    Menurutnya, perbuatan berkongsi gambar makanan itu sendiri tidak membatalkan puasa, namun pebuatan orang yang memuat naik gambar itu mungkin boleh menggalakkan orang lain untuk meninggalkan puasa mereka, sedangkan puasa itu adalah satu kewajipan agama Islam.

    Oleh yang demikian, orang yang berkongsi gambar makanan dan minuman boleh jatuh hukum berdosa kerana beliau seolah-olah mendorong orang lain untuk meninggalkan puasa.

    Memandangkan puasa ialah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim, ibadah ini tidak boleh dipandang ringan. Justeru, beliau menasihati umat Islam untuk berhenti menggalakkan orang lain berbuat dosa dengan berkongsi gambar-gambar makanan ke dalam media sosial sebelum waktu berbuka.

    Selain itu, beliau turut menggesa pihak penguatkuasa agama Islam negeri-negeri untuk memantau restoran-restoran dan mengambil tindakan tegas ke atas premis perniagaan yang menyediakan makanan atau minuman kepada orang Islam yang tidak berpuasa.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Kosmo

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured