fbpx
More

    Lancarkan kerja komputer-telefon anda dengan fungsi Link To Windows dalam Samsung Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G!

    Majoriti daripada kita kini sudah memiliki sekurang-kurangnya dua peranti iaitu telefon pintar untuk komunikasi harian serta komputer untuk tugasan kerja. Sering kali kita bergantung kepada dua-dua peranti ini serentak untuk melaksanakan pelbagai tugas pekerjaan, termasuklah mengambil gambar, menaip nota, menyunting dokumen dan banyak lagi.

    Sungguh pun begitu, pengasingan tugas di antara dua peranti ini boleh jadi agak leceh. Sebagai contoh, jika anda ingin memindahkan gambar atau fail di antara telefon dengan komputer, anda memerlukan kabel USB untuk menghubungkan kedua-dua peranti, atau memindahkannya melalui emel atau aplikasi permesejan seperti WhatsApp dan Telegram.

    Bagi menyelesaikan masalah ini, beberapa telefon Samsung seperti Samsung Galaxy A34 5G dan Samsung Galaxy A54 5G mempunyai fungsi Link To Windows yang meringkaskan interaksi di antara dua-dua peranti. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan bagaimana Link To Windows boleh memudahkan tugas harian anda

    Apa tu Link To Windows?

    Link To Windows adalah sebuah fungsi yang membenarkan anda untuk menghubungkan telefon Samsung dan komputer Windows dengan lebih mendalam. Dengan fungsi ini, anda boleh akses segala fail dan storan dalam telefon melalui skrin komputer sahaja. 

    Selain itu, ia juga boleh memaparkan skrin telefon Samsung pada skrin komputer anda dengan kaedah screen mirroring, dan anda boleh gunakan semua fungsi telefon melalui papan kekunci dan tetikus yang terdapat pada komputer. Selain memudahkan tugas menaip, ini juga bermaksud anda boleh bermain game dengan papan kekunci dan tetikus untuk kawalan yang lebih halus. 

    Anda tidak perlu lagi mengangkat telefon Samsung anda, sebaliknya anda boleh mengakses segala mesej, pemberitahuan (notifications) dan gambar dalam telefon melalui skrin komputer sahaja. Sebagai contoh, sewaktu membuat perbankan internet dan mendapatkan kod OTP, anda tidak perlu lagi melihat skrin telefon kerana kod tersebut akan dipaparkan pada skrin komputer terus.

    Sewaktu membuat panggilan telefon pula, anda boleh berborak di hadapan komputer sahaja. Jika anda ingin memindahkan fail, anda boleh lakukannya secara drag-and-drop di antara skrin komputer dengan skrin telefon dan anda boleh memindahkan sehingga 100 fail serentak.

    Dengan Link To Windows, anda bukan sahaja tidak perlukan kabel untuk menghubungkan telefon dengan komputer, malah segala tugasan di antara kedua-dua peranti boleh disiapkan dengan lebih efisien.

    Macam mana nak guna?

    Untuk menggunakan Link To Windows, anda perlu pastikan komputer anda menggunakan sistem operasi Windows 10 dan ke atas, dan anda perlu memuat turun perisian Phone Link secara percuma daripada Microsoft Store ke dalam komputer. Anda juga perlu memiliki sebuah akaun Microsoft.

    Pada telefon Samsung Galaxy anda pula, anda perlu hidupkan fungsi Link To Windows. Untuk melakukannya, pergi ke Tetapan (Settings) dan taipkan “Link To Windows” dalam kotak carian (search box).

    Di komputer, anda harus buka perisian Phone Link dan ikuti arahan yang tertera pada skrin.

    Buka perisian Phone Link dalam komputer anda, kemudian ikut arah yang tertera pada skrin
    Dalam telefon Samsung Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G, fungsi Link To Windows boleh diakses dalam ruangan Settings
    Selepas Galaxy A34 5G/Galaxy A54 5G dan komputer siap dihubung, anda boleh baca notifikasi dan mesej dalam komputer sahaja
    Anda juga boleh lihat gambar dan video yang disimpan dalam telefon, dalam seksyen Photos
    Segala aplikasi dan game yang disimpan dalam telefon boleh diakses melalui skrin komputer
    Boleh buat panggilan telefon pada skrin komputer dan mikrofon yang terdapat dalam komputer
    Anda juga boleh cerminkan skrin telefon pada skrin komputer (screen mirroring) dan kini anda boleh gunakan telefon dengan papan kekunci dan tetikus pada komputer

    Dengan fungsi Link To Windows ini, ia akan memudahkan anda untuk bekerja di mana-mana sahaja menggunakan telefon dan komputer. Samsung Galaxy A34 5G dan Samsung Galaxy A54 5G dan beberapa lagi telefon Samsung sudah pun dilengkapi fungsi ini, jadi anda boleh manfaatkan fungsi ini secepat mungkin.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy A34 5G, Samsung Galaxy A54 5G atau Link To Windows dalam telefon Galaxy. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk gunakannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Siri iQOO Z9 5G dilancar di Malaysia: SD 7 Gen 1 & bateri 6,000mAh...

    Seperti khabar angin sebelum ini, iQOO Malaysia telah melancarkan dua model telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu iQOO Z9 5G...

    KWSP umumkan Akaun 3, penstrukturan semula bermula 11 Mei 2024

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia untuk mendedahkan Akaun 3 atau akaun Fleksibel pada 25 April hari ini, menandakan penstrukturan semula yang...

    AS akan haramkan TikTok jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat China

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah menandatangani satu rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan platform media sosial TikTok dalam negara itu,...

    Qualcomm umumkan Snapdragon X Plus, cipset komputer riba berasaskan ARM

    Qualcomm Technologies, Inc. memperkenalkan Snapdragon X Plus, mengembangkan portfolio platform siri Snapdragon X yang terkenal. Snapdragon X Plus adalah CPU Qualcomm Oryon...

    WhatsApp sedang uji ciri berkongsi fail tanpa sambungan internet

    WhatsApp sedang bersiap untuk kemas kini penting yang satu memberi tumpuan kepada membolehkan perkongsian fail melalui rangkaian tempatan dan menambah ciri mengambil...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured