More

    KKR: 5 lagi lebuh raya untuk sistem pembayaran tol terbuka pada September ini

    Sebelum ini, kami dilaporkan beberapa lebuhraya di Malaysia akan membenarkan pengguna membayar tol menggunakan kad debit dan kredit pada September ini. Kini, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengumumkan bahawa lima lagi lebuh raya yang akan menyertai sistem pembayaran terbuka.

    Menerusi laman Facebook rasminya, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bahawa lima lebuh raya tersebut termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya SPRINT, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong SMART dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX).

    Kemudian, lima lagi lebuh raya yang disahkan melaksanakan sistem pembayaran terbuka adalah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Pantai Baru, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie, Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim.

    Nanta seterusnya menjelaskan bahawa sistem pembayaran terbuka akan dilaksanakan secara berperingkat kerana ia melibatkan pelbagai syarikat konsesi. Rundingan mengenai perkara itu adalah usaha berterusan dan perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF).

    Bercakap mengenainya, Menteri Kerja Raya turut mengumumkan Lebuhraya Sungai Besi akan menjadi lokasi pertama pelaksanaan MLFF Proof of Concept (POC) Oktober ini. Sebelum ini, Nanta berkata kementeriannya menyasarkan untuk melaksanakan MLFF menjelang 2025.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured