More

    Nokia umumkan UI Pure, antara muka baharu dengan rekaan lebih ringkas untuk peranti Android

    Nokia menjadi tumpuan semasa MWC 2023 selepas mereka melancarkan logo baharu selaras dengan strategi dan pendekatan baharu ke arah penjenamaan, pemasaran produk serta perkhidmatannya. Susulan itu, Nokia telah mengumumkan UI Pure iaitu sebuah sistem reka bentuk yang memperkenalkan konsep visual baharu kepada produk digital.

    Menurut Nokia, sistem reka bentuk baharu ini dibangunkan ke arah mencipta produk digital yang akan menjadi peranti masa depan dengan menggunakan pelbagai elemen dan garis panduan. Tumpuannya adalah memberi pengguna gaya baharu yang minimum dan segar selaras dengan logo mereka.

    Nokia membentangkan beberapa butiran dalam mereka bentuk UI baharu seperti ikon perisian telah mengalami perubahan dramatik. UI Pure hadir dengan ikon serta muka taip telah direka bentuk semula dengan teliti yang memberi tumpuan pada fleksibeliti. Jadi, ia boleh tersuai dengan saiz platform perkakasan yang berbeza.

    Reka bentuk UI termasuk ilustrasi, maklumat grafik, skrin yang memaparkan penggunaan data visual dan maklumat grafik. Nokia mengatakan bahawa keseluruhan tumpuan ke arah kesederhanaan juga menyepadukan bentuk geometri abstrak sambil membenarkan kebolehsuaian untuk kemudahan penggunaan.

    Perkembangan baharu daripada Nokia ini adalah bagus kerana sudah lama pengguna mahukan sesuatu yang berbeza dan segar dalam peranti mereka yang akan datang. Namun, kita perlu menunggu kenyataan rasmi daripada Nokia tentang tarikh pelancaran UI Pure ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Nokia

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured