More

    Xiaomi mungkin sedang membina telefon pintar dengan kamera 144MP

    Nampaknya perang piksel akan bersambung jika khabar angin terkini ini benar. Sumber mendedahkan bahawa Xiaomi sedang membina telefon pintar baharu yang hadir dengan sensor kamera besar 144MP daripada Samsung. Jika ia dilancarkan, pastinya peranti tersebut akan memiliki kamera dengan jumlah piksel tertinggi.

    Menurut sumber Sudhanshu, peranti baru ini berkemungkinan adalah Xiaomi Mi 10S Pro atau Mi CC10 Pro. Ia bakal dihuni lensa Samsung ISOCELL 144MP denga jumlah piksel tertinggi setakat ini. Apa pun, masih tiada berita berkaitan kedua-dua model peranti ini dan ini adalah kali pertama kami mendengar tentangnya. Mi 9S Pro yang tidak wujud sebelum ini memungkinkan bahawa Mi 10S Pro adalah varian kepada siri Mi 10.

    Di sisi yang lain, CC9 Pro yang dilancarkan pada November lepas adalah kamera fon yang baik. Ia dilengkapi spesifikasi yang baik termasuk cipset Snapdragon 730G, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Namun, apa yang lebih penting adalah tetapan kamera dengan 121 mata pada penanda aras kamera DxOMark. Untuk pengetahuan anda, ia mempunyai kamera utama 108MP, lensa sudut ultra-lebar 20MP, lensa potret 12MP, lensa telefoto 8MP dan lensa makro.

    Apakah pandangan anda terhadap kamera fon sebegini? Apakah penamat kepada peningkatan jumlah piksel? Beritahu kami pendapat anda di laman Facebook kami dan kekal bersama TechNaveBM.com untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured