fbpx
More

    Infinix Hot 30, 30i, 30i NFC dan 30 Free Fire Edition dilancar, bakal tiba di Malaysia kelak

    Infinix telah melancarkan empat telefon pintar baharu kesemuanya adalah sebahagian daripada siri yang sama. Oleh itu, terdapat persamaan spesifikasi yang banyak. Infinix Hot 30 didatangkan dengan skrin LCD IPS 6.78 inci beresolusi 1080×2460 piksel dengan kadar segar semula 90Hz, kadar pensampelan sentuhan 270Hz dan kecerahan puncak 580 nit.

    Ia juga dilengkapi cipset MediaTek Helio G88, RAM 8GB, storan dalaman 256GB dan bateri 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Telefon ini mempunyai kamera utama 50MP dengan saiz sensor 1/2.55″, kamera swafoto 8 MP, sambungan 4G, fungsi dwi-SIM, bicu audio 3.5mm dan menjalankan Android 13. Infinix Hot 30 tersedia dalam warna hitam, hijau, dan putih.

    Hot 30i pula mempunyai skrin sentuh LCD IPS 6.56 inci 720×1612 dengan kadar penyegaran 90Hz, kadar pensampelan 180Hz dan kecerahan puncak 500 nit. Ia dikuasakan oleh cipset Unisoc T606, RAM 4GB dan storan dalaman 128GB boleh dikembangkan. Tambahan, terdapat kamera belakang 13MP, kamera swafoto 8MP, pengimbas cap jari pada bahagian sisi, bicu audio 3.5mm dan bateri 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan 18W.

    Ia menjalankan Android 12 dan hadir dalam warna dalam hitam, biru dan putih. Hot 30i NFC miliki RAM 8GB dan selebihnya spesifikasi adalah sama dengan Hot 30i. Akhir sekali, terdapat edisi Hot 30 Free Fire. Terdapat kotak istimewa mengandungi cincin kunci Free Fire, sarung Free Fire khas dan pingat Free Fire sebagai alat pembuka SIM.

    Edisi istimewa ini disertakan dengan 46 widget dan ikon bertemakan Free Fire serta kertas dinding dan bunyi. Terdapat juga fungsi AR kamera khas yang membolehkan anda mengambil swafoto seolah-olah anda adalah watak Free Fire. Untuk pengetahuan, Infinix Malaysia kini sedang mengadakan peraduan Guess and Win untuk meneka harga HOT 30 yang berakhir pada 7 April 2023.

    Adakah anda berminat dengan mana-mana peranti yang Infinix? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X