More

    HUAWEI MatePad 11 dan HUAWEI Watch GT Cyber akan dilancar di Malaysia pada 6 April 2023

    HUAWEI Malaysia bakal melancarkan dua produk baharu pada 6 April kelak iaitu tablet HUAWEI MatePad 11 dan jam tangan pintar HUAWEI Watch GT Cyber. Kedua-dua peranti ini telah diperkenalkan di China pada bulan lalu dan ia bakal ditawarkan kepada pelanggan Malaysia tidak lama lagi.

    HUAWEI MatePad 11 adalah tablet 11 inci yang diperbaharui untuk tahun ini, di mana ia dilengkapi skrin dengan resolusi 2.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga mempunyai bateri 7,250mAh yang boleh menawarkan tontonan video selama 12 jam.

    Tablet ini turut dilengkapi sistem operasi HarmonyOS 3.1 dan menyokong penggunaan stilus HUAWEI M-Pencil yang responsif pada skrinnya. Jika anda berminat untuk pra-tempah tablet ini, anda boleh daftarkan diri di laman web HUAWEI Malaysia sebelum 6 April dan anda akan menerima baucar bernilai RM10, namun ia hanya terhad untuk pelanggan awal.

    Para pelanggan yang mendaftarkan minat untuk pra-tempahan juga layak menyertai cabutan bertuah, di mana seorang pemenang akan membawa pulang HUAWEI MatePad 11 dan M-Pencil.

    Pada 6 April pula, 20 pelanggan pertama yang membeli MatePad 11 di laman web HUAWEI, kedai HUAWEI Flagship Store atau laman rasmi HUAWEI di Shopee bakal menerima seutas HUAWEI Watch Fit (bernilai RM499) secara percuma.

    Sementara itu, HUAWEI Watch GT Cyber pula adalah seutas jam tangan pintar yang dilengkapi skrin AMOLED 1.39 inci dan menawarkan pelbagai fungsi berfokuskan kesihatan seperti pemantauan degupan jantung, pemantauan stres dan penjejakan tidur.

    Rekaannnya mempunyai ketahanan bertaraf tentera dan juga dilengkapi sarung yang boleh ditukar dengan mudah. HUAWEI mengatakan baterinya boleh bertahan sehingga dua minggu.

    HUAWEI Watch GT Cyber akan dijual di semua cawangan Urban Republic bermula 6 April 2023. Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai produk ini.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured