More

    realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition akan dilancar di Malaysia

    realme Malaysia mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan telefon pintar edisi khas realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition dalam masa terdekat. Malaysia adalah salah satu daripada empat negara yang menerima peranti edisi khas ini, di mana hanya 6,000 unit dihasilkan untuk pasaran global.

    realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition adalah sebuah realme 10 Pro 5G yang mempunyai pelbagai hiasan bertemakan Coca-Cola di sekelilingnya, lengkap dengan kotak khas. Permukaan belakang telefon ini mempunyai jalur hitam-merah dan logo Coca-Cola popular yang terpapar pada setiap tin minuman popular itu.

    Jika dilihat pada lensanya pula, ia mempunyai lingkaran bulat berwarna merah di sekelilingnya.

    Telefon ini juga mempunyai nada dering khas yang menghasilkan bunyi buih daripada air gas dan lagu tema Coca-Cola. Sistem antara mukanya (UI) pula telah diubah suai kepada tema Coca-Cola termasuklah skrin kunci (lock screen), efek pengecasan dan ikon.

    Daripada segi spesifikasi dalaman, telefon ini tidak mempunyai perbezaan dengan realme 10 Pro 5G asal yang dilancar di Malaysia pada Disember 2022. Baca artikel pelancarannya untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi telefon ini.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai harganya untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured