More

    realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition akan dilancar di Malaysia pada 12 April 2023

    Selepas mengesahkan bahawa realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition akan tiba dalam pasaran Malaysia, kini realme Malaysia mengumumkan tarikh pelancaran untuk peranti edisi khas itu iaitu pada hari Rabu, 12 April 2023.

    Untuk mereka yang tidak tahu, Malaysia adalah salah satu daripada empat negara sahaja yang menerima peranti edisi khas ini. Ia hanya dihasilkan sebanyak 6,000 unit untuk pasaran global, jadi ini pastinya adalah produk edisi terhad yang sangat bernilai untuk peminat realme serta Coca-Cola.

    realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition adalah sebuah realme 10 Pro 5G yang mempunyai pelbagai hiasan bertemakan Coca-Cola di sekelilingnya, lengkap dengan kotak khas. Permukaan belakang telefon ini mempunyai jalur hitam-merah dan logo Coca-Cola popular yang terpapar pada setiap tin minuman popular itu.

    Jika dilihat pada lensanya pula, ia mempunyai lingkaran bulat berwarna merah di sekelilingnya.

    Telefon ini juga mempunyai nada dering khas yang menghasilkan bunyi buih daripada air gas dan lagu tema Coca-Cola. Sistem antara mukanya (UI) pula telah diubah suai kepada tema Coca-Cola termasuklah skrin kunci (lock screen), efek pengecasan dan ikon.

    Daripada segi spesifikasi dalaman, telefon ini tidak mempunyai perbezaan dengan realme 10 Pro 5G asal yang dilancar di Malaysia pada Disember 2022. Baca artikel pelancarannya untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi telefon ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured