More

    HONOR Magic5 Series dilancar di Malaysia: 3 kamera 50MP, SD 8 Gen 2, cas pantas 66W bermula RM3,499

    Pada hari ini, HONOR Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar andalan baharu iaitu Magic5, terdiri daripada dua varian utama iaitu HONOR Magic5 5G dan HONOR Magic5 Pro 5G. Kedua-dua telefon ini dilengkapi spesifikasi tercanggih untuk telefon premium yang dilancar pada tahun ini.

    Kedua-dua telefon dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 untuk prestasi yang pantas dalam semua jenis kegunaan termasuklah gaming. Magic5 Pro mempunyai skrin yang lebih canggih dan besar, iaitu OLED 6.81 inci manakala Magic5 mempunyai skrin 6.73 inci sahaja. Kedua-duanya mempunyai fungsi LTPO dengan kadar segar semula sehingga 120Hz.

    Kamera juga merupakan satu ciri menarik untuk siri Magic5. Untuk Magic5 Pro, ia dilengkapi tiga kamera 50MP iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 50MP yang boleh zum sehingga 100x. Magic5 standard pula mempunyai kamera utama 54MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto 32MP yang boleh zum sehingga 50x. Kedua-dua telefon dilengkapi kamera swafoto 12MP.

    Kadar pengecasan juga sangat tinggi, di mana kedua-dua telefon menyokong teknologi 66W HONOR SuperCharge. Sungguh pun begitu, hanya Magic5 Pro sahaja menyokong pengecasan wayarles 50W manakala Magic5 standard tidak boleh dicas secara wayarles.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua peranti:

    HONOR Magic5 Pro 5G

    • Skrin OLED LTPO 6.81 inci, kadar 120Hz, kecerahan puncak 1800 nits, resolusi 1312×2848, sokongan HDR10+, DCI-P3
    • Cipset Snapdragon 8 Gen 2
    • RAM LPDDR5X 12GB
    • Storan UFS 4.0 512GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 50MP + kamera telefoto periskop 50MP, zum digital sehingga 100x
    • Kamera swafoto 12MP
    • Bateri 5,100mAh
    • 66W HONOR SuperCharge (berwayar), 50W (wayarles)
    • Pembesar suara stereo DTS:X Ultra
    • MagicOS 7.1 berdasarkan Android 13
    • Sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.2
    • Harga: RM4,299

    HONOR Magic5 5G

    • Skrin OLED 6.73 inci, kadar 120Hz, kecerahan puncak 1,600 nits, resolusi 1224×2688, sokongan HDR10+, DCI-P3
    • Cipset Snapdragon 8 Gen 2
    • RAM LPDDR5X 12GB
    • Storan UFS 3.1 256GB
    • Kamera utama 54MP + kamera ultra-lebar 50MP + kamera telefoto 32MP, zum digital sehingga 50x
    • Kamera swafoto 12MP
    • Bateri 5,100mAh
    • 66W HONOR SuperCharge (berwayar)
    • Pembesar suara stereo DTS:X Ultra
    • MagicOS 7.1 berdasarkan Android 13
    • Sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.2
    • Harga: RM3,499

    Pra-tempahan akan bermula pada 6 April 2023, di mana pelanggan Magic5 akan menerima hadiah bernilai RM700, manakala pelanggan Magic5 Pro akan menerima hadiah bernilai RM1,200. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured