More

    YouTube lancarkan format video 1080p yang dipertingkatkan kepada pengguna Apple buat masa ini

    Jika anda ahli YouTube Premium, anda bertuah kerana YouTube akan melancarkan video 1080p yang dipertingkatkan. Namun, nampaknya peningkatan ini hanya boleh dilihat oleh pengguna iPhone dan iPad.

    Menurut YouTube, 1080p yang dipertingkatkan ialah versi kadar bit 1080p. Ini bermaksud kadar bit akan menawarkan lebih banyak butiran daripada setiap piksel, justeru menghasilkan pengalaman tontonan yang lebih berkualiti. 

    Walaupun begitu, YouTube berkata bahawa Premium 1080p yang dipertingkatkan tidak disediakan untuk Strim Langsung, Shorts dan video yang dimuat naik yang lebih tinggi atau lebih rendah daripada 1080p.

    Jika anda sudah menggunakan YouTube Premium, video 1080p akan berada dalam mod Premium 1080p secara automatik. Kami mengesyaki bahawa video 1080p yang dipertingkatkan akan menggunakan lebih banyak data internet mudah alih anda.

    Namun, anda tidak perlu risau kerana anda masih boleh menetapkan video kepada kualiti standard. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber:  The Verge

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured